Azwan Juperi Youtube Channel

Loading...

13 March 2012

Mayat Nurul Nadhirah Abdullah Ditemui Rentung


Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, semalam.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.

Sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera, tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri . Dan dalam perjalanan, dibunuh kejam atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia syaitan.

Ada yang mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan anak. Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri.

Jangan hanya pandai buat anak. Bila dah dapat tak pandai nak hargai anak yang ada. Anak adalah kurniaan Allah yang teristimewa. Jagalah ia sebaiknya.
Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun

Marilah kita bersama-sama sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah adik Nurul Nadhirah Abdullah.

'Share' or 'tweet' this to others.

Harmless Blogger signing out!

1 comment:

  1. sedihnyeee..=(..

    hi, just read ur comment in my blog (esoksemalam.blogspot.com) dekat entry tajul "andai kita'...its about ur song..u r talented!

    ReplyDelete