Azwan Juperi Youtube Channel

Loading...

08 May 2012

Apa Hukum Sambut Hari Ibu?

Tahukah anda, sejarah dan asal usul perayaan Hari Ibu ini.
Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti  Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

Selain itu, seorang lagi pengasas bagi hari ibu ialah, Anna Jarvis, beliau mengasaskanHari Ibu, dua tahun selepas kematian ibunya, yang merupakan pengasas kepada Kelab Ibu Berkerja di beberapa bandar di United States, Anna Jarvis telah mengadakan kempen mengadakan “Hari Ibu” dan menjadikan hari ibu sebagai hari cuti yang diakui, beliau telah mengasaskan Hari Ibu pada minggu kedua di bulan Mei.

Apa pandangan Islam tentang Hari ibu?

Terdapat pelbagai pandangan para ulama’ dalam menyambut hari Ibu ini, seperti, HARAMMAKRUHdan HARUS.Kepelbagaian dalam pandangan para ulama’ ini, adalah disebabkan perbezaan titik pandangan individu berdasarkan keadaan setempat.

Menurut pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum menyambut Hari Ibu adalah HARAM. Berdasarkan pandangan beliau beliau menyatakan bahawa perayaan dalam Islam hanyalah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Penekanan iaitu hari Jumaat, oleh itu perayaan selain daripada tiga ini adalah bid’ah berdasarkan hadis rasulullahsallalahualaihiwassalam:

“Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari Muslim)

Dan
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka hal itu tertolak.” (HR. Muslim)

Dan tambah beliau lagi, kita harus berbangga dengan agama kita yang telah disempurnakan oleh Allah yang maha Esa, dan menurutnya lagi Ibu lebih berhak dimuliakan daripada hanya dikhususkan kepada sehari sahaja dalam setahun.

       Pada pandangan yang lain, hukum menyambut hari ini adalah HARUS, berdasarkan hadis  Rasulullah sallalahualaihiwassalam, 

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya”. (Muttafaqun Alaih)

Berdasakan hadis di atas, amalan yang tidak berdasarkan semata-mata kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala, dari apa yang kita niatkan itulah hasilnya, begitu juga dengan perayaan Hari Ibu ini, jika didasari dengan niat untuk memuja selain Allah yang Esa maka itu adalah kekafiran yang nyata. Di Malaysia, Hari Ibu disambut adalah bertepatan dangan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam :

Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian  siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu” (Muttafaqun Alaih)

Dan firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [ Al-Isra’: 23]

Serta,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. [Al-Ankabut: 8]

Berdasarkan hadis rasulullah sallalahualaihiwassalam  dan firman Allah maka menyambut Hari Ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan antara cara yang baik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan
  •  
    • Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.




Oleh: Aiman Dan Anuar, Fathullah Mazpar, Mohd Yazid Yahya
Kesimpulan Harmless Blogger:
From my point of view, segalanya bermula dengan niat kita sendiri. Ini kerana, pendapat2 ulama yang ada adalah berlainan dan setiap daripada mereka mempunyai explanation mereka bagi menyokong pendapat masing2. Jadi, kpd kita yang x berapa nk cukup ilmu ni, jangan la ikut membuta tuli apabila ada pihak yang mengemukakan pendapat mereka regardless of their popularity. Dalam dunia ni bukan seorang je ulama yang ada. Ada ramai, dan setiap mereka dah provide pendapat masing2. Jadi tugas kita ni, kita kena la dgr setiap pendapat mereka dan renung2 kan.
Harmless Blogger signing out!

Do share & tweet this!

No comments:

Post a Comment