19 October 2015

BumiKu

Semalam
Wajahmu berseri
Indah masihku ingati
Sang suria tekun menyinari

Hari ini
Wajahmu telah dicalari
Oleh hati mati
Sang Jiwa rakus mencemari

Terus kabur pandanganku
Terhalang nafasku
Harus Sang Bumi
Akur dibakar jariku

Bumiku
Bumiku
Bumiku menangis

Kita membisu
Dalam usia rapuh
Engkau diburu

Namun setia
Masih kau menari
Di paksi landasan abadi
Bilakah akan kau terhenti?

Semakin kabur pandanganku
Terhalang nafasku
Masih Sang Bumi
Akur dibakar jariku

Mungkin kita buta
Bukan di mata
Tapi di hati
Kerana terleka

Lihat dan dengarlah
Rintihan duka
Sang Bumi yang menderita



06 October 2015

#AkuSingerSongwriter

Aku penulis lagu,
Menyanyi pun aku,
Gah nama setinggi mercu,
Namun susah, tak siapa tahu.

Gitar peneman mencari tuju,
Sekian hari dan malam begitu,
Melakar bait cerita yang baru,
Irama teralun di hati terbuku.

Dikorban masa, wang ringgit bersama,
Demi menempa secebis karya,
Walau dihiris tidak berjuta,
Namun beribu tak lari jua.

Secebis karya telah terdengar,
Namun dihati tersentuhnya rasa,
Kerana kini aku kedana,
Pengubat lapar, sang mi segera.

Secebis karya mereka mendengar,
Gembira dijiwa kau jatuh cinta,
Namun bahagia tak mungkin lama,
SEBAB KAU MINTAK CD PERCUMA!

Ku turut jua apa kau pinta,
Kerana sahabat, penyokong setia,
Dalam gerimis, di jiwa hanya,
CD percuma ku cetakkan jua.

Saudagar pula lain cerita,
Dimata hanya kertas biru berwarna,
Secebis karya kau pandang tiada,
Kerana paras tidak sempurna.

Tinggallah aku penulis lagu,
Mengemis rezeki menyanyi selalu,
Nukilan ini ku bukan mengadu,
SAJA JE NAK BAGITAU.

By,
Azwan Juperi
17:00 (6 OKTOBER 2015)



27 January 2015

Chord & Lirik Lagu Malam Ini

A
Malam ini
                C#m
Aku tulis lagu sendiri
          Cm Bm
Untukmu wahai kekasih
           Amaj7
Penghibur hati

Bm
Usah bersedih
       C#m
Biarkan saja
       Cm Bm
Tinggal kisah yang lama
        Edom9    Edom7 Edom7flat9
Aku teman setia

A
Malam ini kita bersama
C#m
Menyaksikan bulan dan bintang
         Bm             Amaj7
Terangilah oh cinta kita

Malam ini kita bersama
Ku dendangkan lagu nan cinta
Menyanyilah oh menarilah

Bm
Engkau nyawaku
             C#m
Tempat mengadu
   Cm Bm         Amaj7
Kita  bersatu sayang