Azwan Juperi Youtube Channel

Loading...

29 April 2016

Rakan Muda Jelajah Kampus? Jadah Apa Tu?

Cantik poster ni. Bukan aku buat tau.
Pada 23 April haritu, ada terlibat dengan satu festival ni. Nama dia Jelajah Kampus Rakan Muda. Yang special nya campus tour ni, dia buat kat UNIMAS beb! Bagi korang yang tak tahu, UNIMAS ni salah sebuah IPTA yang ada di Kota Samarahan, Sarawak. 

Aku suka travel light
So masa dapat offer job dari Jennifer Thompon masa bulan 3 tu, aku x fikir panjang. TERUS SETUJU! Kenapa??
Show kat tanah tumpahnya darah ku kot! BUMI KENYALANG SARAWAK TERCINTA!

Aku terus book tiket 19 April 2016 ke Kuching! Tiket sponsor maa..

Ni kali ketiga aku dipanggil untuk buat show kat Sarawak. Tapi yang kali ni extra special sebab dia memang dekat dengan tarikh birthday aku. Untuk yang tak tahu, birthday aku 21 April ok. Tahun depan I nak hadiah.




So aku sampai je kat Kuching, syukur ada member bermurah hati pickup aku kat KIA (Kuching International Airport). Nama beliau adalah Dzul Izzat. Dia manusia dalam gambar kat bawah ni yg pakai sweater di hari siang yang panas berkaca mata. HIPSTER ALERT! Famous gak la mangkuk ni kat internet. Lagu dia pernah viral kat social media sebelum ni. 

Air sedap nom nom OVERDOSE


Dia bawak aku pergi kedai member kitorang ni nama dia Ashrun Zikri. Dia berniaga depan rumah je. Which is sangat trendy la kat Kuching sekarang ni berniaga depan rumah. Dia jual air teh nama OVERDOSE. Kenapa nama macam tu? Kau pergi kedai dia, tanya dia sendiri. Dah alang2 tanya tu nanti, beli la 1. Ahaks! (Mengharapkan komisen)

So kalau nak tengok gambar aku masa lepak chill dengan barisan artis gempak kebaboom kat Jelajah Kampus Rakan Muda, boleh klik di sini. Hahahaha dah kena tipu!

Azwan Juperi signing out!

26 April 2016

Bagus Sangat Ke Forexmudahbyjo tu?


Hai2! Korang mesti pernah terdengar orang borak atau sebut perkataan "Forex"  kan? Pastu korang mesti x paham. Meh aku sekolahkan korang. Forex tu shortform kpd Foreign Exchange. Bahasa mudah nya pertukaran matawang asing. Dan benda ni sebenarnya boleh buat duit gang. Macam mana? Teruskan membaca. Jangan malas baca, Nabi Muhammad suruh kita baca, kalau nak pandailah.

Kenapa aku letak gambar ni? pun aku xtau kenapa
Sejujurnya dulu aku sangat negatif dgn forex ni. Memang anti lah. Tapi, manusia ni dia takut akan benda yang dia tak paham. Itu la kena belajar! Kalau nk belajar forex ni sebenarnya ada banyak cara. Baca buku, korek2 kat google/internet, ataupun masuk kelas. Macam aku dulu, mula2 belajar dari Pak Youtube. Ramai sebenarnya yang share teknik dan ilmu masing2 kat Youtube tu. Mostly mat salleh. Aku pun sajalah try bukak account dan mula trade sendiri.

Sekarang trade forex pakai phone pun boleh. Guna apps nama Metatrader 4 tu
Alhamdulillah, reti. Tapi lingkup. 2 minggu pertama 100USD aku hilang begitu saja. Sebab aku ingat aku dh pandai. Rupa2 nya masih noob!!

Alhamdulillah, nasib baik aku lingkup. Kalau tak aku xkan cari cikgu. So aku mulalah cari cikgu2 forex kat Malaysia ni. Ramai beb. Mungkin dah jodoh, kebetulan 1 hari tu aku lepak dengan member aku ni. Sepasang kekasih, sekarang dah kahwin dah pon dorang tu. Aku bagitau la aku tengah nak try forex, pastu kawan perempuan aku ni suggest la sorang cikgu. Nama dia kat instagram jofliam.

Ni ha acc Instagram dia
Aku usha la IG dia. Boleh tahan poyo gak la mamat ni. Caption IG dia boleh buat kau rasa nak baling phone. Gambar pulak, banyak travel sana sini. Pastu mesti ada #ForexMudahByJo. Aku assume tu lakot nama kelas dia. Alih2 laki Cikepal rupa nya. Aduhai, patut lah muka macam pernah nampak. Sama UIA dulu rupanya!

So dipendekkan cerita, aku register masuk kelas dia yang nama Forexmudahbyjo tu tadi. Register je, dia terus masukkan aku ke dalam group telegram dia. Dalam tu semua students dia. Dorang ni memang happening dan sporting. Semua macam kaunter pertanyaan. Kau tanya je soalan, dorang akan jawab. Setiap pagi mereka akan bincang analisa strategi untuk dorang trade. Mana yang boleh fokus, mana yang boleh diabaikan. Dan dorang akan bincang kenapa perlu fokus dan abaikan sesuatu currency tu. Jadi memang sangat membantulah untuk NOOB macam aku ni. Me being me, memang layan la dorang borak. Walaupun sebenarnya x paham. Yela, kita ni x masuk kelas lagi.

Nah belanja sikit macam mana suasana dalam group forexmudahbyjo. Sikit je la.
11 April 2015, hari aku kelas. Macam mana aku boleh ingat tarikh tu? Sebab malam sebelum tu, aku baru habis shooting music video untuk Lagu Malam Ini. Kelas aku masa tu bertempat di Cosans Coffee Cascades Kota Damansara mata bertentang mata. Size kelas dalam 5 orang je kalau x silap. Memang boleh fokus la belajar.

Kelas memang x ramai untuk satu sesi. Nak tanya pun x malu
Dia explain satu per satu. Nasib baik aku baca nota yang dia dah emailkan seminggu sebelum kelas tu. So agak senang jugak la aku nak paham. Tambahan pulak aku dah ada pengalaman SIKIT trade sendiri (walaupun sesat). Benda dia ajar simple nak mampos! Memang confirm akan paham la kalau dia ajar sebab dia bagi contoh2 yang simple. Tambahan pulak dalam kelas dia ada sesi praktikal. Dia bagi kau cuba buat benda2 dia ajar tadi, then explain balik kat dia. Mana yang kurang dia betulkan. TAPI dengan syarat, sebelum kelas memang kena baca nota dan masa kelas tu kena fokus la.

Tapi students baru sekaranglah syok study macam ni
Sesi pembelajaran pulak x habis masa kelas sahaja. Itulah guna nya Telegram tadi. Boleh tanya balik apa2 yang x paham. Tambahan pulak, Jofliam selalunya akan join perbincangan dalam group. Suasana perbincangan memang mudah, bukan takat cakap kosong. Masing2 akan provide sekali dengan gambar chart siap dengan lukisan untuk memudahkan perbincangan. 

Contoh rupa chart yang ktorg akan bincang sebelum entry
Yang aku suka dekat forexmudahbyjo ni, budaya dia adalah budaya share analisa. Sebelum entry, kita dah tau dah kawan2 nak masuk yang mana 1. Budaya share gambar profit hanya selepas entry tu memang x digalakkan dalam forexmudahbyjo. Best kan? Gila x best?!

Biasanya 2 bulan sekali, Jofliam akan buat sesi follow up. Ada yang face to face. Ada yang online. Aku selalunya join face to face. Masa ni dia akan upgrade ilmu2 yang baru. Teknik2 yang lebih advance, semua dia ajar masa follow up ni. Memang sesuailah dengan apa yang dijanjikan, didikan seumur hidup SELAGI kita masih ingat adab berguru.

Sesi follow up kat rumah Jofliam. Meriah masa ni. Siap ada awek Korea mandi2 kat jakuzi =)
Alhamdulillah berkat didikan cikgu dan mentor ku yang poyo itu, aku dah boleh trade dengan mudah, tenang dan efektif. Haha. Dia bukan poyo la sebenarnya, dia suka buat lawak yang x kelakar. Insyaallah, sikit masa lagi boleh buat full-time. Sekarang part-time pun dah syok.

Kepada korang yang rasa macam nak cuba juga jadi forex trader ni, aku sarankan masuklah kelas ni. Kenapa aku suggest kelas ni? SEBAB AKU MASUK SINI! KELAS LAIN AKU X TAU MACAM MANA! Lagipun kat sini kita boleh belajar teknik forex mudah menggunakan price action.

Harapan aku semoga Forexmudahbyjo akan melahirkan lebih ramai traders berkualiti dan membantu lebih ramai orang mengenali apa itu forex!

Harmless Blogger signing out!