Azwan Juperi Youtube Channel

Loading...

29 April 2016

Rakan Muda Jelajah Kampus? Jadah Apa Tu?

Cantik poster ni. Bukan aku buat tau.
Pada 23 April haritu, ada terlibat dengan satu festival ni. Nama dia Jelajah Kampus Rakan Muda. Yang special nya campus tour ni, dia buat kat UNIMAS beb! Bagi korang yang tak tahu, UNIMAS ni salah sebuah IPTA yang ada di Kota Samarahan, Sarawak. 

Aku suka travel light
So masa dapat offer job dari Jennifer Thompon masa bulan 3 tu, aku x fikir panjang. TERUS SETUJU! Kenapa??
Show kat tanah tumpahnya darah ku kot! BUMI KENYALANG SARAWAK TERCINTA!

Aku terus book tiket 19 April 2016 ke Kuching! Tiket sponsor maa..

Ni kali ketiga aku dipanggil untuk buat show kat Sarawak. Tapi yang kali ni extra special sebab dia memang dekat dengan tarikh birthday aku. Untuk yang tak tahu, birthday aku 21 April ok. Tahun depan I nak hadiah.




So aku sampai je kat Kuching, syukur ada member bermurah hati pickup aku kat KIA (Kuching International Airport). Nama beliau adalah Dzul Izzat. Dia manusia dalam gambar kat bawah ni yg pakai sweater di hari siang yang panas berkaca mata. HIPSTER ALERT! Famous gak la mangkuk ni kat internet. Lagu dia pernah viral kat social media sebelum ni. 

Air sedap nom nom OVERDOSE


Dia bawak aku pergi kedai member kitorang ni nama dia Ashrun Zikri. Dia berniaga depan rumah je. Which is sangat trendy la kat Kuching sekarang ni berniaga depan rumah. Dia jual air teh nama OVERDOSE. Kenapa nama macam tu? Kau pergi kedai dia, tanya dia sendiri. Dah alang2 tanya tu nanti, beli la 1. Ahaks! (Mengharapkan komisen)

So kalau nak tengok gambar aku masa lepak chill dengan barisan artis gempak kebaboom kat Jelajah Kampus Rakan Muda, boleh klik di sini. Hahahaha dah kena tipu!

Azwan Juperi signing out!

No comments:

Post a Comment