03 February 2012

Bahaya Simpan Gambar Peribadi Dalam Phone!

Bahawasanya saya! Ingin berpesan kepada anda mengenai risiko penyalahgunaan teknologi oleh pihak2 tertentu. Seperti yang kita tahu, perkembangan teknologi yang pesat telah membolehkan kita menangkap gambar melalui pelbagai devices selain daripada kamera sahaja. Penggunaan filem berjenama Kodak yang dahulunya amat popular kini kian releven(tapi guna Kodak dulu syok woo!! LOL). Oleh itu, ramai dalam kalangan kita memilih untuk menangkap dan menyimpan soft copy gambar2 peribadi masing2 di dalam alat2 seperti handphone, laptop, external hard drive, thumbdrive dll.

Namun sedarkah kita bahawa setiap dari kita menghadapi risiko2 seperti kehilangan alat2 tersebut. Baik dengan cara misplace atau dicuri. Seringkali kita dapati rakan2 kita ada kehilangan alat2 ini. Malah ada yang pernah mengalaminya sendiri. Ramai mendakwa, di dalam nya terkangdung dokumen2 penting untuk kerja masing2 baik pelajar atau golongan pekerja. Tetapi, pernahkah kita risau mengenai gambar2 peribadi yang turut tersimpan di dalam nya? Gambar2 yang kita tidak mahu dilihat oleh orang lain.

Terdapat kes dimana gambar seorang wanita bertudung telah diupload di Youtube. Tapi yang sedihnya, ada gambar mangsa dalam keadaan tidak memakai tudung dan agak seksi turut disertakan dalam video tersebut(bagi yang lelaki tu, xya la menggatal g search la yer.dah report abuse dh pon)
*hehehe*
 Lagi contoh bagi golongan wanita bertudung, ada yang gemar menyimpan gambar mereka sendiri atau kawan2 dalam keadaan tidak bertudung di dalam phone. Pernahkah anda melalui situasi ini?

Rooney: Yo, nak pinjam phone boleh?
Rani    : Nak btpe?
Rooney: Nak tengok2 lerrr....
Rani    : Nah..
Rooney: Eh? Ini ko ke? Lawa gak ea ko x pakai tdung?
Rani    : OI! GAMBAR TU XLE TGK LAA!!! *GRRRRRRR*

Lebih kurang macam tu la situasi nye ye...Mesti ramai yang pernah kan? Dan x mustahil jugak si Rooney ni boleh terjumpa gambar member Rani ni ke. X ke kesian kat diorang tu?(pandai pulak Rooney ni ckp Melayu)
Ni konon2 Rooney dah tua nanti la
Tujuan entry ini ditulis hanyalah untuk memperingati anda semua(especially perempuan) bahawa, tak salah nak simpan gambar2 seksi korang tu.. Tapi, pandai2 la sorok ye. Nasihat den, kalau nak simpan sangat pun, simpan la dalam special thumbdrive korang, pastu sorok kat tempat korang rasa paling selamat. Pastu jangan guna nak simpan movie or nota or dokumen jadah. Most importantly, elakkan dari simpan dalam phone or laptop.

P/S: ni bukan pesanan untuk wanita bertudung je ye, yang x bertudung pun sama. Yang laki2 pun sama. Malu ooo awek tengok gambar x senonoh. Kalau badan berketul macam batu xpe ler.ngeee

Harmless Blogger signing out!

3 comments: