15 June 2012

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Tiket Kapal Terbang

Setelah sekian lama x update blog(sebab xda idea), utk post kali ni, AJ nk share tips2 berguna untuk korang beli tiket flight. Bagi yang dah biasa beli tu, xpe la kan? ni untuk yang 1st timer or mereka2 yang jarang beli tiket flight.



1. Double-Triple-Quadruple Check Departure & Destination Airport Anda

Ni antara yang paling penting sekali. Sebelum korang nak pergi jauh, ni dulu nak kena jaga2. Always check your departure & destination airport. Ada certain orang kadang2 buat mistake. Nak travel from Kuching ke KL. Tapi end up beli KL ke Kuching. Ni kalau x perasan sampai dah purchased & confirmed transaction, masak korang. Sebab after confirmed, mmg xleh buat apa2 dah. Kalau nak jugak, kena bayar la jawab nya kak oi!

2.  Beli Tiket Awal (Especially tiket musim cuti)

Ni untuk average traveler la, macam AJ ni ha. Kalau duit banyak macam Bill Gates xpa la kan. Hahaha! 1st Class all the way. Kalau nak beli tiket tu, AJ advice kalau boleh, 2 minggu sebelum tu dah beli dah. Ni yang paling lambat la. Kalau lebih dari tu, ikut nasib la. Kalau nasib baik, dapat la tiket murah. Tapi biasanya, menangis jugak la tengok harga2 tiket.
WHY SO MAHAL??!!
 Untuk tiket musim cuti pulak, kalau betul2 nak selamat, paling lambat pun 1 bulan sebelum. Ini kerana, ramai lagi orang lain nak beli. Walaupun MAS & AirAsia selalu offer tiket2 murah utk musim cuti, kita kena ingat, bukan kita je yang nak beli tiket. Customer diorang ni berjuta kot! Tapi kalau duit memang byk, lagi 1 jam nak travel pun xda hal lah kalau nak beli! hahahahaha!

3. Check Harga Dari Semua Syarikat Penerbangan

Maksudnya, jangan la cek harga dari 1 syarikat penerbangan je. Kalau dalam Malaysia ni, MAS, AirAsia & Firefly. Ada orang beranggapan, tiket AirAsia sentiasa lebih murah berbanding MAS. Which is totally wrong! Kadang2, tiket MAS ni sama je harga dengan yg AA offer. Lebih murah pun ada. Jadi, janganlah kita ni tertipu dengan mitos2 yang MAS sentiasa lebih mahal. Tapi selalunya MAS memang lagi mahal pun.

4. Harga Dalam Iklan Bukan Harga Sebenar

Sekarang ni, kalau korang tengok sesetengah syarikat penerbangan buat iklan, harga tiket dia kadang2 lagi murah dari tiket bas. RM1 pun ada. Harga tu memang la betol harga tiket, tapi kena ingat. Itu harga utk tiket SAHAJA. Tu x kira cukai airport lagi, caj servis, caj bagasi, caj booking online, caj makanan, caj insuran dll lagi. Kalau naik AirAsia, bagasi, makanan, seat, online booking tu semua dia caj. Kalau MAS dia caj cukai airport je. Tapi airport tax dia lagi tinggi la.

5. Careful With Surcharges

Dari segi bagasi, MAS memang dah standardize maximum yang boleh bawa is 20kg per person. Kalau terlebih 1-2kg, dia xkan caj. Tapi kalau kau naik AirAsia, lebih 1kg tu kadang2 mau nk RM20-RM30 jgk la melayang. Xsure berapa dia caj actually sebab x pernah kena, tapi banyak jugak la. Kalau curious nak tau, try la bagi bagasi tu overweight. Nanti dah tau tu, share2 la kat saya. HAHAHAHAHA!
Kalau makan, naik MAS free. Siap boleh refill lagi. Kalau AirAsia, nak makan kena bayar on the spot. Kalau tak pun, boleh beli online. Tapi dia jual mahal wooo. Maggi cup tu cost around RM 7 jugak la. Cuma menu MAS ni biasanya ada 2 pilihan sahaja kalau makanan. AirAsia boleh pilih macam2.
Harapan la nak makan macam ni during flight
Ada banyak lagi tips nak share sebenarnya ni. Tadi masa mandi, banyak giler idea kot!
Nampaknya, takat ni je dulu post utk kali ni. Thank u for reading! God bless u!

Harmless Blogger signing out!

5 comments:

  1. Hehe, untunglah...I tak pernah naik kapal terbang hehehehe

    ReplyDelete
  2. haha. one fine day bro. one fine day
    *spoiler alert* x bes mne pon naik flight

    ReplyDelete
  3. pasni bg tip naik bas la plak. aku naik bas je~~

    ReplyDelete
  4. berdasarkan pengalaman berpuluh kali naik flight ulang alik balik kampung.

    AirAsia = serba serbi kene caj,tiket harga RM80 boleh end up RM 200. bahahaha..no standardize maximum luggage, nak bwk kene byar.fuuuhh..
    even nak bawak peralatan sukan pun caj lain.dlm flight pening dgn bau mcm mcm makanan.selalu delay.dulu.skrg dah improve.steward/ess tak mesra alam.bajet cun je.hahaha

    MAS = mahal sikit.beza dgn AA dlm RM100 jugak la.tp servis mantap,makanan menu tak byk tp sedap,punctual,ada standardize maximum luggage(free). steward/ess cun,sopan sket pakai baju kebaya.nampak la malaysia.XD
    ok bai. jd entry plak.

    ReplyDelete
  5. haha. tu dia, komen yg plg pnjg prnh AJ dpt utk blog

    ReplyDelete