Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

01 October 2014

Hujan Sedang Turun

Langit kian murung
Dingin pula menyapa indah
Hilang semua bingung
Dipeluk oleh ketenangan

Awan pun menabur
Titisan halus dirinya
Melemaskan Sang Hijau
Kembali ke lantai dunia

Hujan sedang turun
Tenang rasa ku dijiwa
Dengarkah kau itu
Alunan irama alam

Hujan masih turun
Membawaku ke indah dunia
Bukan syurga
Kerna abadi tiada menunggu hujan

Lihat itu alam menari
Menyambut pulangnya oh Sang Air
Walau jauh kau terbang tinggi
Pulang jua ke lantai Bumi 

30 September 2014

Bunga Tidur

Sayup ku dengar suara itu
Menyentuh rasa benak ini
Kala tirai langit biru
Melabuhkan hujan dingin

Relung kata indah syahdu
Disisip irama nan merdu
Ku hurai langkah yang ada
Ke arah suara indah

Mimpi 
Kan sentiasa hadir
Membawa arah ku pergi
Menuju kota nan tinggi
Di sebalik tirai mimpi

Pernah rebah ku tersungkur
Tak terdaya hanya akur
Namun inspirasi ku
Melabuhkan layar itu

Walaupun terhenti
Langkah ku diuji
Enakkan saja jiwaku
Jejak kini kian hadir 

Tak tau boleh jadi lagu ke tak. Kau rasa?

24 March 2014

Lagu Aku Ke Radio!!

AMARAN! POST INI AKAN MEREPEK PANJANG! BACA KALAU ANDA BETUL2 XDE BENDA NAK BUAT!

Cover CD Wo O Oo
*credits to Zam

Alhamdulillah, proses rakaman & production single pertama aku dah settle. Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dorongan dan bantuan dalam proses penghasilan single ni. Baru aku tau betapa mencabarnya bila nak keluarkan lagu sendiri. Tapi aku puas hati, SERONOK BEB!

Segalanya bermula masa New Years Eve 2014 haritu. Aku yang pada asalnya langsung xde azam nak hasilkan single dah(sebab dah give up), tiba2 tergerak hati nak terus mencuba. Ni kira kes tak serik la sebanarnya. Betul la org kata, bila kita betul2 nekad & berusaha, Allah akan tunjukkan jalan.

Sekitar January tu, aku bekerja di sekitar area Danau Kota. Selalu menular kat sebuah shopping mall ni(Festival City). Aku suka menebalkan muka untuk lepak kat Yamaha Music kat situ. Lepak punya lepak, berkenalan la dgn staff kat Yamaha Music tu, Topa namanya. Dia main gitar, POWER GILER beb. So aku syak dia ni memang kaki jamming & gig la. So aku menebalkan lagi muka dgn bertanya pasal recording studio. Mana la tau kot2 dia ada tau mana2 tempat boleh buat recording. Lagipun, masa tu memang aku tanya semua org pasal recording studio. Turns out, ada. Dia recommend 2 tempat. ERFAN STUDIO & HOTSOUND STUDIO. Nak dipendekkan cerita, aku pilih Hotsound sebab Erfan Studio masa tu tak available.

Topa (Guitarist)
Dalam masa yang sama, aku memang dah start recording dekat Hotsound. Banyak benda aku belajar dari owner/recording engineer dia, Mamat nama diberi. Puas hati beb kerja dengan dia. Boleh dikatakan ada chemistry la. HAHAHA. POYO. Topa ni pulak, memang kaki jamming & ada band sendiri. Dia kenalkan pulak aku dengan member dia, kitorang panggil 'Chicken'. Jgn tanya kenapa nama dia mcm tu sbb aku sendiri pun xtau kenapa. Dia ni run business dalam dunia grafik la. Dan dia pun adalah drummer kepada sebuah band ni, The Rockettes. Borak panjang kitorang malam tu, sampai 3-4 pagi. 


Chicken (Drummer & Graphic Team)
Satu malam tu, lepas bincang dengan Chicken, dia setuju untuk handle bahagian grafik & printing. Pada asalnya nak buat single je, tapi lepas bincang2, aku decide untuk teruskan recording sampai 5 lagu bertujuan untuk keluar EP. Dari segi design dan idea dia memang bagi kebebasan untuk aku buat macam mana. So gambar cover CD yang korg tengok kat atas tu memang 100% idea amatur aku, dibantu oleh seorang graphic designer yang teramat pro, Zam.

Maka tercetus la idea & keperluan  untuk aku register syarikat sendiri untuk produce EP. Sebab banyak organisasi tak nak berurusan dengan individu, they prefer a registered company. Pejam celik pejam celik, lagu pertama 'Wo O Oo' dah siap recording. Cover CD pun dah siap. Lagu pun dah anta RTM untuk dapatkan kelulusan untuk diputarkan di stesen2 radio. Dalam masa yang sama, lagu memang dah mula dijual pada harga RM 2.00 SAHAJA. 

Sapa2 nak, boleh emailkan kepada pusakmerahrecords@gmail.com

Bayaran, korg boleh pilih nak transferkan ke mana2 bank pilihan, RHB, Maybank or CIMB.

Sorry aku melalut panjang. Aku tau ramai xkan baca sampai habis. Tapi kalau kau baca sampai part ni, AKU SALUTE! SAYANG KAU LEBIH! hahaha!

Akhir kata, thank you for the support! Keep on supporting me, saya sememangnya akan terus berkarya!

Harmless blogger signing out!

p/s: Tadi baru dapat message dari EC Inspirasi. Kalau semua berjalan lancar, insyaallah akan dapat session untuk promo dengan diorang. Amin.

**EC Inspirasi adalah salah satu channel yang available kat dalam HyppTV. Channel 111





12 December 2013

Untuk Kita

Aku masih di sini
Masih gagah berdiri
Menunggu penghujungnya
Ujian Sang Pencipta
Untuk kita

Oo..Oo..Untuk kita

Di lautankah aku?
Segalanya terapung
Kiri kanan ku hanyut berlalu
Dibawa oh sang arus
Mengalir menghukum

Oo..Oo..Untuk kita 

Namun ada yang masih mahu berhujah
Lagaknya juga tidak ubah seperti sang kera
Sedarkah kita inilah waktunya
Untuk padamkan semua perbezaan yang ada

Oo..Oo..Untuk kita

Mungkin bah yang menimpa 
Hanya amaran Nya
Kepada kita manusia
Yang selalu terleka
Haruslah kau fikirkan
Erti dan maknanya
Kerna semuanya 
Untuk kita
by,
AJ

30 October 2013

Lirik Wo O Oo

Nun terpana cahaya wajahmu
Menyinari kelibat waktu
Dan hanya dikau yang begitu

Di sebalik bait katamu
Tersembunyi titisan rindu
Kala suka duka kau dan aku

Senyumanmu dibawa angin dingin melewati
Kelabu hariku tanpamu di sisi wo o oo

Merindumu
Kau bawa hatiku selalu
Terbang bersamamu
Ke daratan asing yang jauh

Menunggumu
Di setiap detik dan waktu
Akan ku di sini
Menanti kepulangan mu

24 September 2012

Berita Kepada Teman Chord

Hi guys! I've uploaded a new cover video for all of you to enjoy. It's now available on Youtube. Have fun watching people!!


D                     A              D 
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Em            A           D 
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan 
D                       A            D 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Em         A          D 
Di tanah kering bebatuan 

D                           A        D 
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan 
Em         A           D 
Hati tergetar menampak kering rerumputan 
D                       A          D 
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi 
Em         A             G     D
Gembala kecil menangis sedih oooo 

reff-1 
A             G         D 
Kawan coba dengar apa jawabnya 
  A         G          D 
Ketika ia kutanya mengapa 
A         G             D 
Bapak ibunya telah lama mati 
  A          G         D 
Ditelan bencana tanah ini 

     G  
Sesampainya di laut 
      D 
Kukabarkan semuanya 
    Em             A            D 
Kepada karang kepada ombak kepada matahari 
    G                 D 
Tetapi semua diam tetapi semua bisu 
        Em                A 
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 

reff-2 
D                       A 
Barangkali disana ada jawabnya 
     A                     D 
Mengapa di tanahku terjadi bencana 

        G                     D 
Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita 
       Em         A             D 
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa 
     G                      D 
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita 
     Em         A          G        A    D 
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
 
Harmless Blogger signing out!

30 July 2012

Lagu Baru Lagi!

Terbuai dilamun cinta
Kepada nikmat dunia
Indah tiada cela nya
Namun kau lupa

Ada hati kecil menderita
Mangsa kerakusan kita
Leka kerana kuasa
Butakah kita?

Tawa mereka dikala berduka
Jeritan hati tiada terdengar
Kita melihat di kaca mata dunia
Namun kita masih berdiam
Butakah kita?

c/o
Hati gusar menderita
Senyuman nya tiada warna
Hidup di pentas dunia
Bagai boneka

Anak kecil gusar menderita
Dibuai sengketa dunia
Rakus di ragut jiwa nya
Di manakah kita?

Ni la lirik utk lagu baru AJ. Dah lama dah teringin nak buat lagu yg macam ni. Alhamdulillah, pagi tadi dpt idea, buat melody & beberapa rangkap lirik, then malam ni baru siap. Video x upload lagi, sbb rakam pn belum. haha.
BTW, lagu ni msh belum ada tajuk. So kalau ada siapa2 yang ada idea nk bagi tajuk kpd lagu ni, sumbangan anda amat di alu2 kan! =)

Harmless Blogger signing out!

14 July 2012

Lose Tonight Lyrics

 Here I’m standing in the dark,
When no one’s here to watch me,
And I strum the strings
A sombre heart is dancing in a beat.
Don’t know where on earth I’ve been? 
Was I lost and dumb stupid?
To let them see or hear,
what they wanna see and hear from me?

Your words will never stop me,
cause no one’s here
To hear me sing a happy song tonight.

c/o
Whatever you say that I am,
Whatever words to describe my songs?
Won’t ever break, make me weep or stop singing tonight.
Yeah it is tonight, LA LA DOO DOO DOO DOO,
Let me finish this, you will lose tonight.

Yeah you’re not winning again,
Cause I won’t change my mind,
I'm not afraid
To fight you and your loud commenting crowd.
Put your hearing ears just listen,
this is my only moment.
To fill streets,
With the melody of my ancient heart.

Song : AJ
Lyrics: Azham


This is my latest song which was a result of my collaboration with a talented writer Azham! Thank you for this wonderful lyrics! Looking forward for another collaboration with you!

Harmless Blogger signing out!

21 June 2012

My Perfomance at Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Final Stage

This video was originally cut of from the actual video. Enjoy the clip!


Harmless Blogger signing out!

20 June 2012

Final Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan 2012 Edisi Youtube

Pada 17 Jun 2012 yang lalu, Final Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Edisi Youtube 2012 (PRB MH 2012) telah berlangsung di Pusat Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. *gila formal ayat intro.hahaha*

The finalist
Out of 25 semi-finalist, 12 were selected. For us finalist, I think it's pretty fair to say that the final stage was the biggest show we've ever performed at. There were numerous local celebrities and press were present on that night. Compliments should be given to Media Hiburan's team, lead by their charismatic & humble leader, Che Meen. This team is the most hardworking people for this event. Thank u guys, korg memang AJAIB! hahahaha!

Regarding the finalist, semuanya tersangatlah talented, outstanding, charismatic & macam2 lagi lah. Terasa diriku begitu kecil. Semua ada kelebihan dan identiti tersendiri. Ada yg suara tinggi ke langit, ada yang perform macam pro, ada yang dah ada lagu sendiri, dan macam2 lagilah spesis manusia saya jumpa dlm kalangan finalist tu. Tapi yang penting, semuanya sporting. X kedekut ilmu yang best tu! Saling bertukar idea dan pendapat utk improve perfomance masing2 macam dah jadi perkara biasa dlm masa 2 hari kami spent sama2. Yang penting, aku sayang korang semua sebab jarang dapat jumpa kawan2 yang sangat memahami when it comes to music(especially geng2 guitarist). Bak kata Maskurnia Sayuti, we share the same problem.
3 hours before the show at Royale Chulan
Gelagat finalist setelah lega membuat persembahan
Walaupun x semua ada, but I still love this moment
On that night, AJ mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri. Pada mulanya memang tidak yakin sebab risiko perform lagu sendiri ni, sangat tinggi. Rasa kurang yakin tu masih ada sampai la AJ dah naik stage. Even dah kat atas stage pun ada terfikir nak tukar lagu. HAHAHA. Tapi, berbekalkan nasihat dari kawan2, pihak Media Hiburan dan beberapa individu berpengalaman, AJ teruskan juga. Alhamdulillah, ada yang suka dan memuji. Walaupun x menang, saya sangat2 berterima kasih kepada pihak MH sebab telah memberi 1 peluang yang amat bermakna kpd kami finalist.

During my performance. Macam pro x? hahaha
Tahniah kepada Syed Muhammad Hazman yang telah dinobatkan sebagai juara. Pada pendapat saya, beliau memang layak sebab suara dia ni, power giler! Bila tgk dia menang, rasa macam makin membuak2 semangat nak keluarkan single!
Hazman & Che Meen
Lastly, nak mintak maaf kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung utk event ni. Terutama sekali Iqa. Hahaha. Jutaan terima kasih kpd Abang Hairul yang byk bagi tips. Tak lupa juga Che Meen yang banyak membantu dari segi persembahan dan sokongan. Kepada kawan2 yang sudi datang mlm tu, sorry I couldn't give u my best, but I promise I'll make u guys proud one day!
Breakfast at Royale Chulan sposored by Media Hiburan
Harmless Blogger signing out!

17 May 2012

Gua Ke Final!!

Pada 12 Mei 2012, pertandingan Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan versi Youtube peringkat separuh akhir telah berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. I was actually one the the semi-finalist competed to be in the final.

Alhamdulillah, the result had been officially released today via Media Hiburan Facebook Page and I'm through to the final. Lagu utk final blm decide lagi, but here's a short video of my performance from the semi-final



Harmless Blogger signing out!

08 May 2012

Someone Like You Cover by Azwan Juperi

I just uploaded a video of me and my friend Syahmi Ibrahim performing a cover of Someone Like You on my Youtube Channel. Check it out guys, and be sure to read the description! Enjoy!



Share or tweet tweet this!

Harmless Blogger signing out!

07 May 2012

A Thousand Years Cover by Azwan Juperi

I just uploaded a new video of me performing a cover of A Thousand Years on my Youtube Channel. Do check it out, and while you're at it, please be sure to read the description below the video panel. Enjoy!



Don't forget to 'share' or 'tweet' this!

Harmless Blogger signing out!

20 March 2012

Mimpi

Burung berkicauan
Mengisi kesunyian
Setelah hujan yang berlalu

Sayu nan terasa
Menyelubungi kalbu
Redup bagai awan kelabu

Seluruh raga ingin bersamamu
Hanya dirimu tiada dua

Saat hadirmu
Laju terasa degupanku
Seperti berdiri ku dipuncak Kinabalu
Memilikimu
Hanya dalam mimpi lenaku
Kerna kita terpisah antara jendela dunia

Indah kelihatan
  Mentari menyinari
Wajah dunia alam semesta

Namun terindah di hati ini
Hanya dirimu tiada dua

Rautmu
Senyumanmu
Tiada mampu ku ungkapkan dengan kata
Hanya satu
Pinta daku
Izinkan ku menjaga mu selamanya

Harmless Blogger signing out!

Benarkanlah

Ini tidak ku duga dalam jagaku
Berat untuk terima pemergianmu
Kau hilang membisu
Ku hanya terpaku
Menjadi kelu

Tekad hati berkata kaulah laguku
Hanya dirimu saja melodi indahku
Takkan ku berdiam
Biarkan kau hilang
Untuk selamanya

Benarkanlah
Suara ku menusuk ke jiwa
Benarkanlah
Hari berlalu tanpa luka
Ku disini
Kan setia menanti dirimu selamanya
Hanya satu yang ku pinta
Benarkanlah
 
Ingatkah kau suatu ketika dulu
Kita berdua umpama irama dan lagu
Senyumanmu bisa
Sirnai resahku
Hanya dirimu

Harmless Blogger signing out!

12 March 2012

My First Live Medley

Last Saturday(10/3/2012), me and 4 other members of Mahallah As-Siddiq took place in an Inter-Mahallah Cultural Week for Unplugged competition. *Mahallah = college = dorm*
There were other competitions too such as nasyeed, traditional dance & drama competition. For Unplugged Competition, a total of 7 teams participated.

Our team had decided to perform a medley of Sampai Syurga & Ikhlas Tapi Jauh as both of these songs are quiet easy to memorize. In addition, we didn't have enough time to practice though. Alhamdulillah, we managed to emerged as the 1st runner up.

So here is the video from our performance on that night. ENJOY!


Feel free to 'Like', 'Share' or 'Tweet'

Harmless Blogger signing out!

28 February 2012

Senarai 'Original Song' AJ

This is a list for my original songs that I managed to finish which stretch back into the year when I was back in school. I put them according to the chronological order:
  1. Terimalah Ku Kembali (2006)
  2. Tunggu feat. Wan Faris Aizat (2008) *Uploaded in 'Projek Tunggu' via Facebook*
  3. Rintihan Hati (2008)
  4. Andai Kita (2009) *Uploaded via Youtube & Facebook*
  5. Kasih Duriku (2009) *Uploaded via Facebook*
  6. Kerna Mu Aku (2009)
  7. Cita (2010)
  8. Kau Teristimewa (2011)
  9. Penghujung Lena (2012) *Uploaded via Youtube*
  10. Rainbow & Sunshine (2012)
  11. Hero Dunia (2012) *Uploaded via Youtube*
  12. Benarkanlah (2012) *Uploading soon via Youtube*
There are more actually. But, they're not complete neither the lyrics nor the melody. Hopefully, I can get these publish into the mainstream music industry one day!
Feel free to 'like' or 'share'

Harmless Blogger signing out!

25 February 2012

Hero Dunia Lirik (Original Song)

Dengarkan irama baru
Dari hatiku
Temani sepi mu
Kala ku tiada di situ

Walaupun jauh beribu batu
Tiada beza nya
Kau masih pertama
Di hati ini wahai ibu
c/o
Kau bangkit kala pagi
Menyapu dan lalalalala
Sambil mendengar radio
Kala ku masih beradu

Puisi ini buat mu
Oh ibu kaulah segalanya
Benar ku berkata
Kaulah hero di duniaku

Umi mama juga bonda
Nama nya berjuta
Bunyi pun berbeza
Namun kau tetap yang sama

Maaf ku tidak sempurna
Nakal ku berjuta
Syukur kepadaNya
Kaulah hero diduniaku





Click here to check out the song at my Youtube Channel

Harmless Blogger signing out!

23 February 2012

Lagu Baru Dah Siap!!!!

My new song dah officially siap ditulis siap dengan melodinya. Kepada yang pernah dengar lagu AJ sebelum ni insyaallah would find the theme for this song is a bit different in terms of the lyrics & melody itself from my previous songs.

Apa2 hal, SORRY & TERIMA KASIH diucapkan kepada kawan2 AJ yang tak jemu2 menunggu lagu2 baru(tau la aku lambat nak upload kan?). Hopefully, your supports would give me strength to actually succeed in this field.

Insyaallah lagu nya akan diupload esok cause I have to look for guitar & camera first. Sebab I don't have any guitar & camera rosak. Tapi sebab Nik Amiily dah bising tadi, memang kene upload esok jugak.hahahaha..Thanks for reading!!

Btw, tajuk lagu ni Hero Dunia. For me, lagu ni memang best!!

Sementara tu, kepada mereka yang x pernah dengar lagu2 AJ bolehlah visit my Youtube Channel.

Please like!

Harmless Blogger signing out!

20 February 2012

Kau Teristimewa

Few weeks ago, actually ada siapkan 1 lirik ni..Tapi tiba2 misplaced. Alhamdulillah, yesterday dah jumpa. Insyaallah korang akan suka lagu ni sebab lirik dia memang istimewa.

Kau Teristimewa

Andai bintang mampu bermadah
Dan bulan pun kan turut bersama
Menyanyi kan lagu ku ini
Untuk mu wahai yang teristimewa

Ingin ku nyatakan rindu ku
Dan kasih ku oh pada mu
Terpisah jauh tak terkata
Namun suara mu tak pernah sirna
 
Oh mama
kasih mu kan tetap di ingatan 
Senyuman tiada bandingan nya
Bisa menerangi gelita ku
Kau lah cahaya
Kau teristimewa

Di kala ku tidak mengerti
Kau resah dan juga berduka
Namun tetap jua terpancar
Senyuman demi diri ku

Tak terbalas jasa mu
Walau sepanjang hayat ini
Kerna di setiap kedukaan mu
Tak siapa yang tahu

Ha...Istimewa x? hehehe..Actually, plan nak upload lagu ni lambat sikit. Nak tunggu Hari Ibu nanti baru upload. Nanti boleh la korang dedicate kat ur mum. Tapi, tu la nak tanya ni. Korang rasa cane? Please do tell me =)

Don't forget to like this post!!!

Harmless Blogger signing out!