Showing posts with label Sajak Poyo. Show all posts
Showing posts with label Sajak Poyo. Show all posts

01 October 2014

Hujan Sedang Turun

Langit kian murung
Dingin pula menyapa indah
Hilang semua bingung
Dipeluk oleh ketenangan

Awan pun menabur
Titisan halus dirinya
Melemaskan Sang Hijau
Kembali ke lantai dunia

Hujan sedang turun
Tenang rasa ku dijiwa
Dengarkah kau itu
Alunan irama alam

Hujan masih turun
Membawaku ke indah dunia
Bukan syurga
Kerna abadi tiada menunggu hujan

Lihat itu alam menari
Menyambut pulangnya oh Sang Air
Walau jauh kau terbang tinggi
Pulang jua ke lantai Bumi 

30 September 2014

Bunga Tidur

Sayup ku dengar suara itu
Menyentuh rasa benak ini
Kala tirai langit biru
Melabuhkan hujan dingin

Relung kata indah syahdu
Disisip irama nan merdu
Ku hurai langkah yang ada
Ke arah suara indah

Mimpi 
Kan sentiasa hadir
Membawa arah ku pergi
Menuju kota nan tinggi
Di sebalik tirai mimpi

Pernah rebah ku tersungkur
Tak terdaya hanya akur
Namun inspirasi ku
Melabuhkan layar itu

Walaupun terhenti
Langkah ku diuji
Enakkan saja jiwaku
Jejak kini kian hadir 

Tak tau boleh jadi lagu ke tak. Kau rasa?

30 July 2012

Lagu Baru Lagi!

Terbuai dilamun cinta
Kepada nikmat dunia
Indah tiada cela nya
Namun kau lupa

Ada hati kecil menderita
Mangsa kerakusan kita
Leka kerana kuasa
Butakah kita?

Tawa mereka dikala berduka
Jeritan hati tiada terdengar
Kita melihat di kaca mata dunia
Namun kita masih berdiam
Butakah kita?

c/o
Hati gusar menderita
Senyuman nya tiada warna
Hidup di pentas dunia
Bagai boneka

Anak kecil gusar menderita
Dibuai sengketa dunia
Rakus di ragut jiwa nya
Di manakah kita?

Ni la lirik utk lagu baru AJ. Dah lama dah teringin nak buat lagu yg macam ni. Alhamdulillah, pagi tadi dpt idea, buat melody & beberapa rangkap lirik, then malam ni baru siap. Video x upload lagi, sbb rakam pn belum. haha.
BTW, lagu ni msh belum ada tajuk. So kalau ada siapa2 yang ada idea nk bagi tajuk kpd lagu ni, sumbangan anda amat di alu2 kan! =)

Harmless Blogger signing out!