"Penjinak ular memberitahu saya jika dipatuk ular, kita gigit sehingga ia mati dan tiada apa yang akan berlaku kepada kita," kata Mohammed Salmodin kepada BBC.
Mohammed Salmodin kini sudah dibenar keluar dari hospital di mana dia menerima rawatan akibat dipatuk ular.
Pegawai mengatakan bahawa petani itu tidak akan didakwa kerana reptilia itu tergolong dalam spesis yang tidak terancam.
"Apabila saya menyedari ular telah mematuk saya, saya pulang ke rumah
untuk mengambil lampu suluh dan saya lihat ia adalah ular tedung. Lalu
saya menggigit ular itu hingga mati," katanya yang ditemui di
Biratnagar.
Selepas dipatuk ular, Mohammed menjalani aktivitinya seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun akhirnya dia bersetuju mendapatkan rawatan selepas ahli keluarga, jiran dan polis mendesaknya.
Kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah kampung 200 kilometer dari Kathmandu.
Ular yang dibunuh itu dilaporkan spesis ular tedung biasa. Nepal mempunyai pelbagai spesis ular, banyak yang berbisa - seperti ular tedung.
Terdapat kira-kira 20,000 kes dipatuk ular setahun, kebanyakannya di selatan Terai, menyebabkan 1,000 kematian, laporan agensi berita AFP.
Nasihat kepada mangsa gigitan ular berbeza kerana ular yang tidak sama jenisnya memiliki racun yang berbeza.
SUMBER: Sinar Harian
Harmless Blogger signing out!