11,789 daripada 16249 orang pelajar telah turun mengundi bagi PRK UIAM kali ini dengan kaedah eVoting, dimana para pengundi boleh mengundi di General Lab di sekitar kampus mereka melalui komputer. Kaedah dan software yang telah digunakan sejak 2004 ini khabarnya telah di uji terlebih dahulu oleh pihak suruhanjaya yang terdiri sepenuhnya daripada kalangan kakitangan UIA sendiri. Namun demikian, ralat ataupun an error telah menamatkan rekod cemerlang kaedah tersebut.
Komplikasi yang dinamakan sebagai incomplete encryption telah menyebabkan proses pengiraan undi tergendala dan pihak suruhanjaya bersetuju untuk mengadakan re-election bagi PRK UIAM untuk sesi kali ini. Lebih 200++ orang pelajar dari kampus Gombak berkumpul di Experimental Hall kecewa akibat daripada kejadian tersebut. Manakala pelajar dari UIAM kampus Kuantan telah berkumpul juga dan sebuah live conference telah diadakan untuk majlis pengumuman serentak ini. Para pelajar telah mula memenuhi dewan seawal jam 5pm kerana pengumaman keputusan PRK dijadualkan pada jam 6pm. Setelah lebih 2 jam menunggu, pihak suruhanjaya membuat pengumuman bahawa keputusan hanya akan diberi pada jam 8pm. Namun begitu, pihak media telah terlebih dahulu membuat pengumuman media dimana PRK UIAM telah dimenangi oleh ProA sekitar jam 7pm, bersumberkan sebuah laman web yang tidak dinyatakan. Individu yang bertanggungjawab terhadap perkara ini dikenali sebagai Charles Mohan dari NTV7. Mereka telah menjadualkan sebuah sesi memohon maaf secara umum. (Keep in mind, para pelajar masih belum mengetahui perihal incomplete encryption)
Suasana di Experimental Hall |
Dr. Mizan Hitam(kanan) |
Beberapa persoalan juga gagal dijawab oleh pihak suruhanjaya mungkin kerana mereka masih lagi menyiasat perkara sebenar. Di sini, saya sediakan beberapa soalan dan cadangan yang telah disuarakan:
- Para pelajar ingin melihat bukti & data bagi dakwaan permasalahan incomplete encryption. denied!
- Permohonan utk mengadakan undian secara manual. in consideration
- Bila tarikh re-election. in consideration
- Adakah ini hanya konspirasi/alasan kerana keputusan PRK tidak seperti dirancang? NO! was their answer
- Permohonan agar suruhanjaya PRK juga dianggotai oleh pihak pelajar(bekas SRC). Granted
- Adakah Kampus Kuantan mengalami kesulitan yang sama seperti di Kampus Gombak? YES!
- Siapakah yang memenangi PRK UIAM berdasarkan incomplete encryption tersebut? DENIED!
- Permohonan cuti umum kampus untuk hari re-election. I'd say 50-50
- Berapa jumlah minimum calon yang boleh diundi? unknown
Antara mereka yang tampil mengemukakan soalan dan cadangan |
Harapan saya semoga proses re-election yang akan dijalankan nanti akan berjalan dengan lancar dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak luar ataupun anasir2 jahat sokmo. haha. Namun persoalan yang masih bermain di fikiran majoriti yang hadir semalam, adakah benar ini semua hanyalah sebuah masalah teknikal yang dikenali sebagai incomplete encryption? Atau pun ianya memang sebuah konspirasi dimana keputusan PRK IIUM tidak seperti yang dirancang sesetengah pihak (ala-ala Freemason gitu), lalu mengambil keputusan untuk membuat proses undian semula. Wallahu'alam.
Harmless Blogger signing out!