12 December 2013

Untuk Kita

Aku masih di sini
Masih gagah berdiri
Menunggu penghujungnya
Ujian Sang Pencipta
Untuk kita

Oo..Oo..Untuk kita

Di lautankah aku?
Segalanya terapung
Kiri kanan ku hanyut berlalu
Dibawa oh sang arus
Mengalir menghukum

Oo..Oo..Untuk kita 

Namun ada yang masih mahu berhujah
Lagaknya juga tidak ubah seperti sang kera
Sedarkah kita inilah waktunya
Untuk padamkan semua perbezaan yang ada

Oo..Oo..Untuk kita

Mungkin bah yang menimpa 
Hanya amaran Nya
Kepada kita manusia
Yang selalu terleka
Haruslah kau fikirkan
Erti dan maknanya
Kerna semuanya 
Untuk kita
by,
AJ