25 November 2014

Andai Kita Chord

Memandangkan ramai yang request chord untuk lagu ni. Maka, beta persembahkan kepada kalian chord nya. Nah, tatap sepuas2 nya. TATAP!!

Standard tuning.

Intro
G Cadd9 x2

G
Hari-hari ku
       Cadd9
Berlalu tanpa mu
        G                        Cadd9
Kau hanya tinggal kenangan
      G                   Cadd9
Tiada lagi senyum dan tawa mu
      A7sus4  Cadd9
Mewarnai hari ku

G Cadd9 x2

      G                 Cadd9
Sendiri aku merenung jendela
      G                        Cadd9
Berharap dikau menjelma
      G                 Cadd9
Andai ku bisa putarkan waktu
   A7sus4                Cadd9
Akan ku hapuskan air mata mu
         G
Oh kasih..

C
Andainya cinta ini
     D              G
Bukan milik kita
      C
Berjanjilah kepada ku
        D                          G
Tak kan pernah sirna cinta

       C       D
Memori kita
        G C     G  
Kan kekal abadi
          C
Oh kasih
           D
Cinta mu
           G
Yang ku impi

01 October 2014

Hujan Sedang Turun

Langit kian murung
Dingin pula menyapa indah
Hilang semua bingung
Dipeluk oleh ketenangan

Awan pun menabur
Titisan halus dirinya
Melemaskan Sang Hijau
Kembali ke lantai dunia

Hujan sedang turun
Tenang rasa ku dijiwa
Dengarkah kau itu
Alunan irama alam

Hujan masih turun
Membawaku ke indah dunia
Bukan syurga
Kerna abadi tiada menunggu hujan

Lihat itu alam menari
Menyambut pulangnya oh Sang Air
Walau jauh kau terbang tinggi
Pulang jua ke lantai Bumi 

30 September 2014

Bunga Tidur

Sayup ku dengar suara itu
Menyentuh rasa benak ini
Kala tirai langit biru
Melabuhkan hujan dingin

Relung kata indah syahdu
Disisip irama nan merdu
Ku hurai langkah yang ada
Ke arah suara indah

Mimpi 
Kan sentiasa hadir
Membawa arah ku pergi
Menuju kota nan tinggi
Di sebalik tirai mimpi

Pernah rebah ku tersungkur
Tak terdaya hanya akur
Namun inspirasi ku
Melabuhkan layar itu

Walaupun terhenti
Langkah ku diuji
Enakkan saja jiwaku
Jejak kini kian hadir 

Tak tau boleh jadi lagu ke tak. Kau rasa?

24 March 2014

Lagu Aku Ke Radio!!

AMARAN! POST INI AKAN MEREPEK PANJANG! BACA KALAU ANDA BETUL2 XDE BENDA NAK BUAT!

Cover CD Wo O Oo
*credits to Zam

Alhamdulillah, proses rakaman & production single pertama aku dah settle. Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dorongan dan bantuan dalam proses penghasilan single ni. Baru aku tau betapa mencabarnya bila nak keluarkan lagu sendiri. Tapi aku puas hati, SERONOK BEB!

Segalanya bermula masa New Years Eve 2014 haritu. Aku yang pada asalnya langsung xde azam nak hasilkan single dah(sebab dah give up), tiba2 tergerak hati nak terus mencuba. Ni kira kes tak serik la sebanarnya. Betul la org kata, bila kita betul2 nekad & berusaha, Allah akan tunjukkan jalan.

Sekitar January tu, aku bekerja di sekitar area Danau Kota. Selalu menular kat sebuah shopping mall ni(Festival City). Aku suka menebalkan muka untuk lepak kat Yamaha Music kat situ. Lepak punya lepak, berkenalan la dgn staff kat Yamaha Music tu, Topa namanya. Dia main gitar, POWER GILER beb. So aku syak dia ni memang kaki jamming & gig la. So aku menebalkan lagi muka dgn bertanya pasal recording studio. Mana la tau kot2 dia ada tau mana2 tempat boleh buat recording. Lagipun, masa tu memang aku tanya semua org pasal recording studio. Turns out, ada. Dia recommend 2 tempat. ERFAN STUDIO & HOTSOUND STUDIO. Nak dipendekkan cerita, aku pilih Hotsound sebab Erfan Studio masa tu tak available.

Topa (Guitarist)
Dalam masa yang sama, aku memang dah start recording dekat Hotsound. Banyak benda aku belajar dari owner/recording engineer dia, Mamat nama diberi. Puas hati beb kerja dengan dia. Boleh dikatakan ada chemistry la. HAHAHA. POYO. Topa ni pulak, memang kaki jamming & ada band sendiri. Dia kenalkan pulak aku dengan member dia, kitorang panggil 'Chicken'. Jgn tanya kenapa nama dia mcm tu sbb aku sendiri pun xtau kenapa. Dia ni run business dalam dunia grafik la. Dan dia pun adalah drummer kepada sebuah band ni, The Rockettes. Borak panjang kitorang malam tu, sampai 3-4 pagi. 


Chicken (Drummer & Graphic Team)
Satu malam tu, lepas bincang dengan Chicken, dia setuju untuk handle bahagian grafik & printing. Pada asalnya nak buat single je, tapi lepas bincang2, aku decide untuk teruskan recording sampai 5 lagu bertujuan untuk keluar EP. Dari segi design dan idea dia memang bagi kebebasan untuk aku buat macam mana. So gambar cover CD yang korg tengok kat atas tu memang 100% idea amatur aku, dibantu oleh seorang graphic designer yang teramat pro, Zam.

Maka tercetus la idea & keperluan  untuk aku register syarikat sendiri untuk produce EP. Sebab banyak organisasi tak nak berurusan dengan individu, they prefer a registered company. Pejam celik pejam celik, lagu pertama 'Wo O Oo' dah siap recording. Cover CD pun dah siap. Lagu pun dah anta RTM untuk dapatkan kelulusan untuk diputarkan di stesen2 radio. Dalam masa yang sama, lagu memang dah mula dijual pada harga RM 2.00 SAHAJA. 

Sapa2 nak, boleh emailkan kepada pusakmerahrecords@gmail.com

Bayaran, korg boleh pilih nak transferkan ke mana2 bank pilihan, RHB, Maybank or CIMB.

Sorry aku melalut panjang. Aku tau ramai xkan baca sampai habis. Tapi kalau kau baca sampai part ni, AKU SALUTE! SAYANG KAU LEBIH! hahaha!

Akhir kata, thank you for the support! Keep on supporting me, saya sememangnya akan terus berkarya!

Harmless blogger signing out!

p/s: Tadi baru dapat message dari EC Inspirasi. Kalau semua berjalan lancar, insyaallah akan dapat session untuk promo dengan diorang. Amin.

**EC Inspirasi adalah salah satu channel yang available kat dalam HyppTV. Channel 111