24 January 2020

APA ITU SOCIAL MEDIA MANAGER

Social Media Manager adalah individu yang ditugaskan dalam sesebuah organisasi, syarikat, jenama atau kumpulan untuk mewakili organisasi tersebut melalui platform-platform media sosial. Contohnya seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi.



Kalau korang malas nak baca, aku suggest korang tengok video ini. Ada penjelasan lengkap beserta contoh secara mendalam


03 January 2020

APA DAH JADI KEPADA MEDIA SOSIAL?

Untuk menjawab persoalan ni, kita perlu time-travel ke tahun 2010!



Sekitar 2010 dulu, ramai beranggapan media sosial @ social media hanyalah kegilaan golongan muda. Aktiviti update status dan upload gambar sendiri ke internet menjadi medium untuk kekal berkomunikasi dengan kawan2 dan ahli keluarga. Ada yang beranggapan aktiviti ini hanyalah sia2 dan membuang masa.



Fast forward to 2020, nah ambik kau!

Social media sekarang bukan lagi dalam bentuk primitif yang dulu. Sekarang bukan anak-anak muda je yang ada dalam media sosial. Mak bapak, nenek atok, silap haribulan moyang korang pun ada sekurang-kurangnya akaun Facebook!



Hasilnya, syarikat-syarikat kecil dan besar terpaksa beralih ke arah online marketing!
Kalau dulu, iklan-iklan  mahal seperti iklan TV, radio, newspaper dan billboard hanya terhad kepada syarikat2 besar sahaja. Tapi sekarang, di Youtube, Facebook dan banyak lagi platform menawarkan iklan serendah RM 0.01!



Sekaligus, media sosial telah membentuk sebuah industri baru yang menawarkan pelbagai peluang untuk sesiapa sahaja meraih keuntungan. Bila wujud industri baru, maka wujud juga peluang pekerjaan baru. Contoh:

  • Gaming Streamer
  • Social Media Manager
  • Social Media Analyst
  • Vlogger
  • Youtuber
  • Social Media Influencer
  • Twitcher
  • Blogger
Kalau 20 tahun yang lepas, tak terfikir di akal akan wujud kerjaya macam ini. Banyak lagi sebenarnya kerjaya baru yang muncul melalui industri media sosial ni. Paling tak masuk akal adalah gaji mereka boleh mencecah JUTAAN RINGGIT!

Kesimpulannya, ini adalah trend baru yang tidak lagi kita boleh sangkal.