24 January 2020

APA ITU SOCIAL MEDIA MANAGER

Social Media Manager adalah individu yang ditugaskan dalam sesebuah organisasi, syarikat, jenama atau kumpulan untuk mewakili organisasi tersebut melalui platform-platform media sosial. Contohnya seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi.



Kalau korang malas nak baca, aku suggest korang tengok video ini. Ada penjelasan lengkap beserta contoh secara mendalam


03 January 2020

APA DAH JADI KEPADA MEDIA SOSIAL?

Untuk menjawab persoalan ni, kita perlu time-travel ke tahun 2010!



Sekitar 2010 dulu, ramai beranggapan media sosial @ social media hanyalah kegilaan golongan muda. Aktiviti update status dan upload gambar sendiri ke internet menjadi medium untuk kekal berkomunikasi dengan kawan2 dan ahli keluarga. Ada yang beranggapan aktiviti ini hanyalah sia2 dan membuang masa.



Fast forward to 2020, nah ambik kau!

Social media sekarang bukan lagi dalam bentuk primitif yang dulu. Sekarang bukan anak-anak muda je yang ada dalam media sosial. Mak bapak, nenek atok, silap haribulan moyang korang pun ada sekurang-kurangnya akaun Facebook!



Hasilnya, syarikat-syarikat kecil dan besar terpaksa beralih ke arah online marketing!
Kalau dulu, iklan-iklan  mahal seperti iklan TV, radio, newspaper dan billboard hanya terhad kepada syarikat2 besar sahaja. Tapi sekarang, di Youtube, Facebook dan banyak lagi platform menawarkan iklan serendah RM 0.01!



Sekaligus, media sosial telah membentuk sebuah industri baru yang menawarkan pelbagai peluang untuk sesiapa sahaja meraih keuntungan. Bila wujud industri baru, maka wujud juga peluang pekerjaan baru. Contoh:

  • Gaming Streamer
  • Social Media Manager
  • Social Media Analyst
  • Vlogger
  • Youtuber
  • Social Media Influencer
  • Twitcher
  • Blogger
Kalau 20 tahun yang lepas, tak terfikir di akal akan wujud kerjaya macam ini. Banyak lagi sebenarnya kerjaya baru yang muncul melalui industri media sosial ni. Paling tak masuk akal adalah gaji mereka boleh mencecah JUTAAN RINGGIT!

Kesimpulannya, ini adalah trend baru yang tidak lagi kita boleh sangkal.



13 February 2019

Cara Mudah Buat Duit Online

Kalau korang follow 5 step mudah ni, aku berani jamin 100% korang akan at least dapat RM 10. Ini adalah salah satu cara yang sangat senang nak buat duit guna smartphone. Atau pun sesetengah orang panggil, how to make easy money online.
Tapi kalau x follow exactly 5 step mudah ni, lepastu tak dapat RM 10, jangan salahkan aku.

Sebelum tu, barang2 yang diperlukan cuma 3 je.

Smartphone
IC
Dan muka korang. LOL

Kenapa perlu smartphone? Sebab nak kena 1 apps ni nama dia BIGPAY. Jangan risau, apps ni FREE SAHAJA!

 


Tak tau BIGPAY tu benda apa? Ha klik kat sini aku ada explain.

So dah ready nak buat duit cara senang? Ni cara dia:

Step 1 - Copy code ni PBKL5VFPNK.

Step 2 - Buka App Store @ Playstore korang kemudian search BIGPAY dan terus download. Atau kalau malas nk search, klik je link ni https://bit.ly/2Rmpprn

Step 3 - Isi butiran yang dia mintak. Ready snap gambar IC tau. Dan isi code PBKL5VFPNK di ruangan referral. Kalau tak isi, tak dapat RM10. BigPay nak bagi FREE NI!

Step 4 - Deposit RM20. Eh? Tadi kata free je register. Ye memang free sebab RM20 ni akan masuk ke dalam kad anda sendiri dan boleh guna 100%.

Step 5 - Tunggu Mastercard sampai dalam tempoh 5-7 hari bekerja. Bila dah dapat, bukak apps dan klik pada "I HAVE RECEIVED MY CARD".

Ha senang je kan.
Kalau korang rasa RM10 tu tak cukup, korang ajak la kawan2 buat account BigPay juga tapi guna referral code korang sendiri. Dia dapat RM10. Korang pun dapat RM10!!

Aku? Aku dapat pahala berkongsi la brader sisturrrrrr hahahaha. Selamat mencuba!


11 January 2019

Apa Itu BigPay?

Macam pernah dengarkan? Tapi tak ramai yang tahu dan masih keliru apa sebenarnya BigPay ni? Sama ke dengan BigPoint AirAsia? Meh sini aku sekolahkan korang.

BigPay adalah sebuah applikasi atau apps e-wallet. Apps ni dimiliki oleh syarikat induknya yang tersangatlah famous kat Malaysia ni, AIRASIA! Kalau AirAsia, motto dia "Now Everyone Can Fly". Motto BigPay pulak "Everyone Can Buy".

Menurut Tony Fernandes melalui laman Twitternya, suatu hari nanti BigPay ni akan bernilai lebih tinggi daripada AirAsia. Jadi, kalau Abam Tony dah cakap macam tu, kita ready je tunggu benda ni meletop! Inilah peluang kita untuk jadi sebahagian daripada benda yang bakal meletop! Free pulak tu!



Tapi kan, dah berlambak e-wallet apps yang available utk smartphone. Biasanya kalau kau guna e-wallet ni kita boleh bayar secara online dan dapat reward. So apa bezanya BigPay ni dengan yang lain? Haa, kat sini yang syoknya! Apps ni disertakan sekali dengan DEBIT MASTERCARD!

Maksudnya bukan sekadar boleh guna online! Kat kedai makan, hypermarket, supermarket, steam wallet, kedai runcit, bayar insurans, bayar kereta, bill2 rumah & banyak lagi tempat kita boleh guna BigPay ni. Selagi tempat tu terima transaksi Mastercard, BigPay boleh pakai. Untuk setiap RM20 yang kita spent, akan dapat 2 BigPoint. Benda BigPoint ni untuk apa pulak? Boleh guna utk beli tiket AirAsia bang! Pergi jalan2 ke Korea, Jepun, Australia. ANYWHERE!

The best part about BigPay ni, nak buka akaun & dapat kad dia FREE! Bukan setakat tu, BigPay akan bagi kita RM10 kalau register guna referral code ni PBKL5VFPNK. So macam mana nak dapatkan aplikasi ni? Senang je.

Step 1 - Copy code ni PBKL5VFPNK.
Step 2 - Buka App Store @ Playstore korang kemudian search BIGPAY dan terus download. Atau kalau malas nk search, klik je link ni https://bit.ly/2Rmpprn
Step 3 - Isi butiran yang dia mintak. Ready snap gambar IC tau. Dan isi code PBKL5VFPNK di ruangan referral. Kalau tak isi, tak dapat RM10. BigPay nak bagi FREE NI!
Step 4 - Deposit RM20. Eh? Tadi kata free je register. Ye memang free sebab RM20 ni akan masuk ke dalam kad anda sendiri dan boleh guna 100%.
Step 4 - Tunggu Mastercard sampai dalam tempoh 5-7 hari bekerja. Bila dah dapat, bukak apps dan klik pada "I HAVE RECEIVED MY CARD".

 


Kalau anda follow semua step di atas, by the time anda dapat Mastercard BigPay, dalam tu dah ada RM30!!! Terus boleh pakai ui!!

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!

Harmless Blogger signing out!




27 August 2018

KERETA TERBAIK UNTUK ORANG BARU START KERJA!

PERODUA MYVI 1.5 SE (AT)
RM 35,900 * YEAR MANUFACTURED 2013 * YEAR REGISTERED 2013 * ONE CAREFUL NON-SMOKER OWNER * ACCIDENT FREE * ACTUAL YEAR ** ORIGINAL CONDITION ** FULL SERVICE RECORD ** SPECIAL EDITION (SE) SPEC ** 1500cc DVVT ENGINE ** FULL BODYKIT ** ORIGINAL PERODUA TOUCH SCRREN MULTIMEDIA PLAYER ** GPS NAVIGATION BUILT-IN ** DUAL SRS AIRBAGS (DRIVER & FRONT PASSANGER) ** RETRACABLE SIDE MIRROR ** NO NEED REPAIR ** NICE AND CLEAN INTERIOR ** SMOOTH DRIVING ** TIP TOP CONDITION ** SUPERB HANDLING ** SMOOTH ENGINE AND GEARBOX *** NO GST / NO SST *** LOAN ARRANGEABLE *** FAST LOAN APPROVAL *** TRADE IN WELCOME *** FREE TEST DRIVE *** FREE TINTED VOUCHER CONTACT: 016-575 9853 (AJ)

TERINGIN NAK PAKAI SUZUKI SWIFT?

SUZUKI SWIFT 1.5L (AT) RM 35,900 * YEAR MANUFACTURED 2012 * YEAR REGISTERED 2012 * ACCIDENT FREE * ACTUAL YEAR * ONE CAREFULL NON-SMOKER OWNER ** ORIGINAL CONDITION ** 1500cc ENGINE ** FULL BODYKITS ** ORIGINAL SUZUKI CD PLAYER ** 4 AUDIO SPEAKER ** DUAL SRS AIRBAGS ** ORIGINAL PAINT ** WELL MAINTAINED ** NO NEED REPAIR ** NICE AND CLEAN INTERIOR ** SMOOTH DRIVING ** TIP TOP CONDITION ** SUPERB HANDLING ** SMOOTH ENGINE AND GEARBOX *** NO GST / NO SST *** LOAN ARRANGEABLE *** FAST LOAN APPROVAL *** TRADE IN WELCOME *** FREE TEST DRIVE *** FREE TINTED VOUCHER CONTACT: 016-575 9853 (AJ)













TERINGIN NAK PAKAI PROTON PREVE?

PROTON PREVE 1.6 CVT CFE PREMIUM
RM 30,900

* YEAR MANUFACTURED 2012
* YEAR REGISTERED 2012
* ACCIDENT FREE
* ACTUAL YEAR
* ONE CAREFUL NON-SMOKER OWNER

** ORIGINAL CONDITION
** KEYLESS
** PUSH START/STOP BUTTON
** 1600cc CFE ENGINE with TURBO
** 7-SPEED AUTO TRANSMISION
** PADDLE SHIFT
** REVERSE CAMERA
** GPS NAVI BUILT-IN
** 6 SRS AIRBAGS (FRONT,SIDE &CURTAIN)
** 6 AUDIO SPEAKER
** AUTO-HEADLAMP
** TELESCOPIC STEERING WHEEL with AUDIO SWITCH
** RETRACABLE SIDE MIRROR
** ABS with EBD, HILL-HOLD ASSIST, BRAKE ASSIST (BA) & ELECTRONIS STABILITY CONTROL
** FULL BODYKIT
** LARGE BOOT SPACE
** NO NEED REPAIR
** NICE AND CLEAN INTERIOR
** SMOOTH DRIVING
** TIP TOP CONDITION
** SUPERB HANDLING
** SMOOTH ENGINE AND GEARBOX

*** NO GST / NO SST
*** LOAN ARRANGEABLE
*** FAST LOAN APPROVAL
*** TRADE IN WELCOME
*** FREE TEST DRIVE
*** FREE TINTED VOUCHER

CONTACT: 016-575 9853






31 May 2018

Halang Kemasukan Non-Bumiputra Ke UiTM Tindakan Rasisme

Baru-baru ini kecoh kat negara kita Malaysia, isu membantah warga bukan bumiputra untuk masuk ke UiTM. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju. Obviously yang membantah tu adalah segelintir orang Melayu. As for me, this is utterly stupid. There's no other word for it. It's RACISM!

Ada yang bersuara di sosial media, tak kurang juga ada yang take it to the street bak kata omputeh. Siap buat protes. Persoalan aku, kenapa masih ada dalam kalangan kita yang mempunyai mentaliti macam ni?



Apa yang ditakutkan sangat kalau non-bumi masuk UiTM? Memang betul, banyak lagi universiti awam dan swasta lain yang mereka boleh masuk. In fact, non-bumi bukanlah nak sangat masuk UiTM tu. They can afford to enroll into the private universities and some of them are far better than UiTM. Tapi isu utama yang aku nak ketengahkan sekarang ni, kenapa kita dalam tahun 2018 ni masih racist? Kalau 1-2 orang je takpe. Ini tak, ramai giler yang sokong perjuangan ni. Perjuangan berunsur racism.

Kalau nak kata benda ni bukan isu racism sebab nak pertahankan hak bumiputra, adakah korang rasa gambar kat bawah ni bukan perjuangan berunsur racism sebab mereka pun nak pertahankan hak bangsa mereka.


Bagi aku, gambar kat bawah ni, takda beza dengan gambar kat atas tu. But hey, they are just protecting their racial rights. So it's not racism according to your book.

Anyway, everyone is entitled to their opinion and this is mine. I firmly believe that a cause to fight for your skin color is a complete waste of time. If you want to fight for something, fight for your religion. Not for your skin color.

Bye!

30 May 2017

Samsung Galaxy A7 UNTUK DIMENANGI!!

Haa ni ada contest menarik untuk korang!
Bila ada contest, mesti la ada hadiah kan?!

Kita tengok hadiah2 nya dulu

VESPA S150

SAMSUNG GALAXY A7
Menarik kan? So, mcm mana nk join?

KLIK JE LINK NI


SELAMAT MENCUBA!

29 April 2016

Rakan Muda Jelajah Kampus? Jadah Apa Tu?

Cantik poster ni. Bukan aku buat tau.
Pada 23 April haritu, ada terlibat dengan satu festival ni. Nama dia Jelajah Kampus Rakan Muda. Yang special nya campus tour ni, dia buat kat UNIMAS beb! Bagi korang yang tak tahu, UNIMAS ni salah sebuah IPTA yang ada di Kota Samarahan, Sarawak. 

Aku suka travel light
So masa dapat offer job dari Jennifer Thompon masa bulan 3 tu, aku x fikir panjang. TERUS SETUJU! Kenapa??
Show kat tanah tumpahnya darah ku kot! BUMI KENYALANG SARAWAK TERCINTA!

Aku terus book tiket 19 April 2016 ke Kuching! Tiket sponsor maa..

Ni kali ketiga aku dipanggil untuk buat show kat Sarawak. Tapi yang kali ni extra special sebab dia memang dekat dengan tarikh birthday aku. Untuk yang tak tahu, birthday aku 21 April ok. Tahun depan I nak hadiah.




So aku sampai je kat Kuching, syukur ada member bermurah hati pickup aku kat KIA (Kuching International Airport). Nama beliau adalah Dzul Izzat. Dia manusia dalam gambar kat bawah ni yg pakai sweater di hari siang yang panas berkaca mata. HIPSTER ALERT! Famous gak la mangkuk ni kat internet. Lagu dia pernah viral kat social media sebelum ni. 

Air sedap nom nom OVERDOSE


Dia bawak aku pergi kedai member kitorang ni nama dia Ashrun Zikri. Dia berniaga depan rumah je. Which is sangat trendy la kat Kuching sekarang ni berniaga depan rumah. Dia jual air teh nama OVERDOSE. Kenapa nama macam tu? Kau pergi kedai dia, tanya dia sendiri. Dah alang2 tanya tu nanti, beli la 1. Ahaks! (Mengharapkan komisen)

So kalau nak tengok gambar aku masa lepak chill dengan barisan artis gempak kebaboom kat Jelajah Kampus Rakan Muda, boleh klik di sini. Hahahaha dah kena tipu!

Azwan Juperi signing out!

26 April 2016

Bagus Sangat Ke Forexmudahbyjo tu?


Hai2! Korang mesti pernah terdengar orang borak atau sebut perkataan "Forex"  kan? Pastu korang mesti x paham. Meh aku sekolahkan korang. Forex tu shortform kpd Foreign Exchange. Bahasa mudah nya pertukaran matawang asing. Dan benda ni sebenarnya boleh buat duit gang. Macam mana? Teruskan membaca. Jangan malas baca, Nabi Muhammad suruh kita baca, kalau nak pandailah.

Kenapa aku letak gambar ni? pun aku xtau kenapa
Sejujurnya dulu aku sangat negatif dgn forex ni. Memang anti lah. Tapi, manusia ni dia takut akan benda yang dia tak paham. Itu la kena belajar! Kalau nk belajar forex ni sebenarnya ada banyak cara. Baca buku, korek2 kat google/internet, ataupun masuk kelas. Macam aku dulu, mula2 belajar dari Pak Youtube. Ramai sebenarnya yang share teknik dan ilmu masing2 kat Youtube tu. Mostly mat salleh. Aku pun sajalah try bukak account dan mula trade sendiri.

Sekarang trade forex pakai phone pun boleh. Guna apps nama Metatrader 4 tu
Alhamdulillah, reti. Tapi lingkup. 2 minggu pertama 100USD aku hilang begitu saja. Sebab aku ingat aku dh pandai. Rupa2 nya masih noob!!

Alhamdulillah, nasib baik aku lingkup. Kalau tak aku xkan cari cikgu. So aku mulalah cari cikgu2 forex kat Malaysia ni. Ramai beb. Mungkin dah jodoh, kebetulan 1 hari tu aku lepak dengan member aku ni. Sepasang kekasih, sekarang dah kahwin dah pon dorang tu. Aku bagitau la aku tengah nak try forex, pastu kawan perempuan aku ni suggest la sorang cikgu. Nama dia kat instagram jofliam.

Ni ha acc Instagram dia
Aku usha la IG dia. Boleh tahan poyo gak la mamat ni. Caption IG dia boleh buat kau rasa nak baling phone. Gambar pulak, banyak travel sana sini. Pastu mesti ada #ForexMudahByJo. Aku assume tu lakot nama kelas dia. Alih2 laki Cikepal rupa nya. Aduhai, patut lah muka macam pernah nampak. Sama UIA dulu rupanya!

So dipendekkan cerita, aku register masuk kelas dia yang nama Forexmudahbyjo tu tadi. Register je, dia terus masukkan aku ke dalam group telegram dia. Dalam tu semua students dia. Dorang ni memang happening dan sporting. Semua macam kaunter pertanyaan. Kau tanya je soalan, dorang akan jawab. Setiap pagi mereka akan bincang analisa strategi untuk dorang trade. Mana yang boleh fokus, mana yang boleh diabaikan. Dan dorang akan bincang kenapa perlu fokus dan abaikan sesuatu currency tu. Jadi memang sangat membantulah untuk NOOB macam aku ni. Me being me, memang layan la dorang borak. Walaupun sebenarnya x paham. Yela, kita ni x masuk kelas lagi.

Nah belanja sikit macam mana suasana dalam group forexmudahbyjo. Sikit je la.
11 April 2015, hari aku kelas. Macam mana aku boleh ingat tarikh tu? Sebab malam sebelum tu, aku baru habis shooting music video untuk Lagu Malam Ini. Kelas aku masa tu bertempat di Cosans Coffee Cascades Kota Damansara mata bertentang mata. Size kelas dalam 5 orang je kalau x silap. Memang boleh fokus la belajar.

Kelas memang x ramai untuk satu sesi. Nak tanya pun x malu
Dia explain satu per satu. Nasib baik aku baca nota yang dia dah emailkan seminggu sebelum kelas tu. So agak senang jugak la aku nak paham. Tambahan pulak aku dah ada pengalaman SIKIT trade sendiri (walaupun sesat). Benda dia ajar simple nak mampos! Memang confirm akan paham la kalau dia ajar sebab dia bagi contoh2 yang simple. Tambahan pulak dalam kelas dia ada sesi praktikal. Dia bagi kau cuba buat benda2 dia ajar tadi, then explain balik kat dia. Mana yang kurang dia betulkan. TAPI dengan syarat, sebelum kelas memang kena baca nota dan masa kelas tu kena fokus la.

Tapi students baru sekaranglah syok study macam ni
Sesi pembelajaran pulak x habis masa kelas sahaja. Itulah guna nya Telegram tadi. Boleh tanya balik apa2 yang x paham. Tambahan pulak, Jofliam selalunya akan join perbincangan dalam group. Suasana perbincangan memang mudah, bukan takat cakap kosong. Masing2 akan provide sekali dengan gambar chart siap dengan lukisan untuk memudahkan perbincangan. 

Contoh rupa chart yang ktorg akan bincang sebelum entry
Yang aku suka dekat forexmudahbyjo ni, budaya dia adalah budaya share analisa. Sebelum entry, kita dah tau dah kawan2 nak masuk yang mana 1. Budaya share gambar profit hanya selepas entry tu memang x digalakkan dalam forexmudahbyjo. Best kan? Gila x best?!

Biasanya 2 bulan sekali, Jofliam akan buat sesi follow up. Ada yang face to face. Ada yang online. Aku selalunya join face to face. Masa ni dia akan upgrade ilmu2 yang baru. Teknik2 yang lebih advance, semua dia ajar masa follow up ni. Memang sesuailah dengan apa yang dijanjikan, didikan seumur hidup SELAGI kita masih ingat adab berguru.

Sesi follow up kat rumah Jofliam. Meriah masa ni. Siap ada awek Korea mandi2 kat jakuzi =)
Alhamdulillah berkat didikan cikgu dan mentor ku yang poyo itu, aku dah boleh trade dengan mudah, tenang dan efektif. Haha. Dia bukan poyo la sebenarnya, dia suka buat lawak yang x kelakar. Insyaallah, sikit masa lagi boleh buat full-time. Sekarang part-time pun dah syok.

Kepada korang yang rasa macam nak cuba juga jadi forex trader ni, aku sarankan masuklah kelas ni. Kenapa aku suggest kelas ni? SEBAB AKU MASUK SINI! KELAS LAIN AKU X TAU MACAM MANA! Lagipun kat sini kita boleh belajar teknik forex mudah menggunakan price action.

Harapan aku semoga Forexmudahbyjo akan melahirkan lebih ramai traders berkualiti dan membantu lebih ramai orang mengenali apa itu forex!

Harmless Blogger signing out!

19 October 2015

BumiKu

Semalam
Wajahmu berseri
Indah masihku ingati
Sang suria tekun menyinari

Hari ini
Wajahmu telah dicalari
Oleh hati mati
Sang Jiwa rakus mencemari

Terus kabur pandanganku
Terhalang nafasku
Harus Sang Bumi
Akur dibakar jariku

Bumiku
Bumiku
Bumiku menangis

Kita membisu
Dalam usia rapuh
Engkau diburu

Namun setia
Masih kau menari
Di paksi landasan abadi
Bilakah akan kau terhenti?

Semakin kabur pandanganku
Terhalang nafasku
Masih Sang Bumi
Akur dibakar jariku

Mungkin kita buta
Bukan di mata
Tapi di hati
Kerana terleka

Lihat dan dengarlah
Rintihan duka
Sang Bumi yang menderita



06 October 2015

#AkuSingerSongwriter

Aku penulis lagu,
Menyanyi pun aku,
Gah nama setinggi mercu,
Namun susah, tak siapa tahu.

Gitar peneman mencari tuju,
Sekian hari dan malam begitu,
Melakar bait cerita yang baru,
Irama teralun di hati terbuku.

Dikorban masa, wang ringgit bersama,
Demi menempa secebis karya,
Walau dihiris tidak berjuta,
Namun beribu tak lari jua.

Secebis karya telah terdengar,
Namun dihati tersentuhnya rasa,
Kerana kini aku kedana,
Pengubat lapar, sang mi segera.

Secebis karya mereka mendengar,
Gembira dijiwa kau jatuh cinta,
Namun bahagia tak mungkin lama,
SEBAB KAU MINTAK CD PERCUMA!

Ku turut jua apa kau pinta,
Kerana sahabat, penyokong setia,
Dalam gerimis, di jiwa hanya,
CD percuma ku cetakkan jua.

Saudagar pula lain cerita,
Dimata hanya kertas biru berwarna,
Secebis karya kau pandang tiada,
Kerana paras tidak sempurna.

Tinggallah aku penulis lagu,
Mengemis rezeki menyanyi selalu,
Nukilan ini ku bukan mengadu,
SAJA JE NAK BAGITAU.

By,
Azwan Juperi
17:00 (6 OKTOBER 2015)



27 January 2015

Chord & Lirik Lagu Malam Ini

A
Malam ini
                C#m
Aku tulis lagu sendiri
          Cm Bm
Untukmu wahai kekasih
           Amaj7
Penghibur hati

Bm
Usah bersedih
       C#m
Biarkan saja
       Cm Bm
Tinggal kisah yang lama
        Edom9    Edom7 Edom7flat9
Aku teman setia

A
Malam ini kita bersama
C#m
Menyaksikan bulan dan bintang
         Bm             Amaj7
Terangilah oh cinta kita

Malam ini kita bersama
Ku dendangkan lagu nan cinta
Menyanyilah oh menarilah

Bm
Engkau nyawaku
             C#m
Tempat mengadu
   Cm Bm         Amaj7
Kita  bersatu sayang



25 November 2014

Andai Kita Chord

Memandangkan ramai yang request chord untuk lagu ni. Maka, beta persembahkan kepada kalian chord nya. Nah, tatap sepuas2 nya. TATAP!!

Standard tuning.

Intro
G Cadd9 x2

G
Hari-hari ku
       Cadd9
Berlalu tanpa mu
        G                        Cadd9
Kau hanya tinggal kenangan
      G                   Cadd9
Tiada lagi senyum dan tawa mu
      A7sus4  Cadd9
Mewarnai hari ku

G Cadd9 x2

      G                 Cadd9
Sendiri aku merenung jendela
      G                        Cadd9
Berharap dikau menjelma
      G                 Cadd9
Andai ku bisa putarkan waktu
   A7sus4                Cadd9
Akan ku hapuskan air mata mu
         G
Oh kasih..

C
Andainya cinta ini
     D              G
Bukan milik kita
      C
Berjanjilah kepada ku
        D                          G
Tak kan pernah sirna cinta

       C       D
Memori kita
        G C     G  
Kan kekal abadi
          C
Oh kasih
           D
Cinta mu
           G
Yang ku impi

01 October 2014

Hujan Sedang Turun

Langit kian murung
Dingin pula menyapa indah
Hilang semua bingung
Dipeluk oleh ketenangan

Awan pun menabur
Titisan halus dirinya
Melemaskan Sang Hijau
Kembali ke lantai dunia

Hujan sedang turun
Tenang rasa ku dijiwa
Dengarkah kau itu
Alunan irama alam

Hujan masih turun
Membawaku ke indah dunia
Bukan syurga
Kerna abadi tiada menunggu hujan

Lihat itu alam menari
Menyambut pulangnya oh Sang Air
Walau jauh kau terbang tinggi
Pulang jua ke lantai Bumi 

30 September 2014

Bunga Tidur

Sayup ku dengar suara itu
Menyentuh rasa benak ini
Kala tirai langit biru
Melabuhkan hujan dingin

Relung kata indah syahdu
Disisip irama nan merdu
Ku hurai langkah yang ada
Ke arah suara indah

Mimpi 
Kan sentiasa hadir
Membawa arah ku pergi
Menuju kota nan tinggi
Di sebalik tirai mimpi

Pernah rebah ku tersungkur
Tak terdaya hanya akur
Namun inspirasi ku
Melabuhkan layar itu

Walaupun terhenti
Langkah ku diuji
Enakkan saja jiwaku
Jejak kini kian hadir 

Tak tau boleh jadi lagu ke tak. Kau rasa?

24 March 2014

Lagu Aku Ke Radio!!

AMARAN! POST INI AKAN MEREPEK PANJANG! BACA KALAU ANDA BETUL2 XDE BENDA NAK BUAT!

Cover CD Wo O Oo
*credits to Zam

Alhamdulillah, proses rakaman & production single pertama aku dah settle. Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dorongan dan bantuan dalam proses penghasilan single ni. Baru aku tau betapa mencabarnya bila nak keluarkan lagu sendiri. Tapi aku puas hati, SERONOK BEB!

Segalanya bermula masa New Years Eve 2014 haritu. Aku yang pada asalnya langsung xde azam nak hasilkan single dah(sebab dah give up), tiba2 tergerak hati nak terus mencuba. Ni kira kes tak serik la sebanarnya. Betul la org kata, bila kita betul2 nekad & berusaha, Allah akan tunjukkan jalan.

Sekitar January tu, aku bekerja di sekitar area Danau Kota. Selalu menular kat sebuah shopping mall ni(Festival City). Aku suka menebalkan muka untuk lepak kat Yamaha Music kat situ. Lepak punya lepak, berkenalan la dgn staff kat Yamaha Music tu, Topa namanya. Dia main gitar, POWER GILER beb. So aku syak dia ni memang kaki jamming & gig la. So aku menebalkan lagi muka dgn bertanya pasal recording studio. Mana la tau kot2 dia ada tau mana2 tempat boleh buat recording. Lagipun, masa tu memang aku tanya semua org pasal recording studio. Turns out, ada. Dia recommend 2 tempat. ERFAN STUDIO & HOTSOUND STUDIO. Nak dipendekkan cerita, aku pilih Hotsound sebab Erfan Studio masa tu tak available.

Topa (Guitarist)
Dalam masa yang sama, aku memang dah start recording dekat Hotsound. Banyak benda aku belajar dari owner/recording engineer dia, Mamat nama diberi. Puas hati beb kerja dengan dia. Boleh dikatakan ada chemistry la. HAHAHA. POYO. Topa ni pulak, memang kaki jamming & ada band sendiri. Dia kenalkan pulak aku dengan member dia, kitorang panggil 'Chicken'. Jgn tanya kenapa nama dia mcm tu sbb aku sendiri pun xtau kenapa. Dia ni run business dalam dunia grafik la. Dan dia pun adalah drummer kepada sebuah band ni, The Rockettes. Borak panjang kitorang malam tu, sampai 3-4 pagi. 


Chicken (Drummer & Graphic Team)
Satu malam tu, lepas bincang dengan Chicken, dia setuju untuk handle bahagian grafik & printing. Pada asalnya nak buat single je, tapi lepas bincang2, aku decide untuk teruskan recording sampai 5 lagu bertujuan untuk keluar EP. Dari segi design dan idea dia memang bagi kebebasan untuk aku buat macam mana. So gambar cover CD yang korg tengok kat atas tu memang 100% idea amatur aku, dibantu oleh seorang graphic designer yang teramat pro, Zam.

Maka tercetus la idea & keperluan  untuk aku register syarikat sendiri untuk produce EP. Sebab banyak organisasi tak nak berurusan dengan individu, they prefer a registered company. Pejam celik pejam celik, lagu pertama 'Wo O Oo' dah siap recording. Cover CD pun dah siap. Lagu pun dah anta RTM untuk dapatkan kelulusan untuk diputarkan di stesen2 radio. Dalam masa yang sama, lagu memang dah mula dijual pada harga RM 2.00 SAHAJA. 

Sapa2 nak, boleh emailkan kepada pusakmerahrecords@gmail.com

Bayaran, korg boleh pilih nak transferkan ke mana2 bank pilihan, RHB, Maybank or CIMB.

Sorry aku melalut panjang. Aku tau ramai xkan baca sampai habis. Tapi kalau kau baca sampai part ni, AKU SALUTE! SAYANG KAU LEBIH! hahaha!

Akhir kata, thank you for the support! Keep on supporting me, saya sememangnya akan terus berkarya!

Harmless blogger signing out!

p/s: Tadi baru dapat message dari EC Inspirasi. Kalau semua berjalan lancar, insyaallah akan dapat session untuk promo dengan diorang. Amin.

**EC Inspirasi adalah salah satu channel yang available kat dalam HyppTV. Channel 111





12 December 2013

Untuk Kita

Aku masih di sini
Masih gagah berdiri
Menunggu penghujungnya
Ujian Sang Pencipta
Untuk kita

Oo..Oo..Untuk kita

Di lautankah aku?
Segalanya terapung
Kiri kanan ku hanyut berlalu
Dibawa oh sang arus
Mengalir menghukum

Oo..Oo..Untuk kita 

Namun ada yang masih mahu berhujah
Lagaknya juga tidak ubah seperti sang kera
Sedarkah kita inilah waktunya
Untuk padamkan semua perbezaan yang ada

Oo..Oo..Untuk kita

Mungkin bah yang menimpa 
Hanya amaran Nya
Kepada kita manusia
Yang selalu terleka
Haruslah kau fikirkan
Erti dan maknanya
Kerna semuanya 
Untuk kita
by,
AJ

30 October 2013

Lirik Wo O Oo

Nun terpana cahaya wajahmu
Menyinari kelibat waktu
Dan hanya dikau yang begitu

Di sebalik bait katamu
Tersembunyi titisan rindu
Kala suka duka kau dan aku

Senyumanmu dibawa angin dingin melewati
Kelabu hariku tanpamu di sisi wo o oo

Merindumu
Kau bawa hatiku selalu
Terbang bersamamu
Ke daratan asing yang jauh

Menunggumu
Di setiap detik dan waktu
Akan ku di sini
Menanti kepulangan mu