18 March 2012

Hotel 15 Tingkat Siap Dibina Hanya Dalam Tempoh 6 HARI!!

Pada 2010, mereka berjaya membina sebuah hotel setinggi 15 tingkat di selatan China yang disiapkan hanya dalam tempoh enam hari.Struktur asas Hotel Ark berjaya disiapkan dalam masa dua hari manakala dalam tempoh tidak sampai empat hari atau lebih tepat 90 jam lagi, kerja-kerja luaran seperti dinding tingkap siap dipasang.

Dalam tempoh pembinaan
Bangunan ini yang terletak di Wilayah Hunan, turut menggunakan bahan-bahan pembinaan yang enam kali lebih sedikit daripada bangunan biasa.Para pekerja membina Hotel Ark yang lengkap dengan struktur kalis bunyi, insulasi haba dan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi berukuran 9 Skala Richter, dengan menggunakan kaedah pasang siap secara sepenuhnya.Menariknya walaupun kerja-kerja pembinaan dijalankan begitu pantas, tiada seorang pekerja yang cedera dan tidak banyak sisa binaan dibuang.

Terbaru, pada Januari 2012 yang lalu, sekali lagi negara itu berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang pembinaan apabila berjaya menyiapkan bangunan baru Hotel Ark.Hotel setinggi 30 tingkat dan berukuran 183,000 kaki persegi itu berjaya dibina dalam masa 15 hari atau 360 jam.Bangunan itu sekali lagi berjaya dibina tanpa melibatkan kecederaan pekerjanya serta mampu menahan gempa bumi sehingga 9 Skala Richter.

Hotel Ark terbaru ini dibina berhampiran Tasik Dongting, juga dalam wilayah Hunan oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan.

Hotel Ark
 Untuk menyiapkan struktur bangunan utama, ia juga mengambil masa tidak sampai 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Keseluruhan bangunan siap dalam tempoh 15 hari.
Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.

Satu lagi perkara menarik, kerja-kerja pembinaannya tidaklah berlanjutan tanpa henti dalam tempoh 15 hari. Malah para pekerja pulang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat pada pukul 10 malam.
Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat tentang kemajuan negara itu dari sudut pembinaan.

Apatah lagi, China kini berbangga sebagai kuasa baru dunia, kuasa ekonomi serta keupayaan komputer supernya. Sudah pasti keupayaan yang semakin ketara itu meresahkan Barat yang selama ini dominan dalam semua bidang.

13 March 2012

Mayat Nurul Nadhirah Abdullah Ditemui Rentung


Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, semalam.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.

Sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera, tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri . Dan dalam perjalanan, dibunuh kejam atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia syaitan.

Ada yang mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan anak. Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri.

Jangan hanya pandai buat anak. Bila dah dapat tak pandai nak hargai anak yang ada. Anak adalah kurniaan Allah yang teristimewa. Jagalah ia sebaiknya.
Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun

Marilah kita bersama-sama sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah adik Nurul Nadhirah Abdullah.

'Share' or 'tweet' this to others.

Harmless Blogger signing out!

12 March 2012

My First Live Medley

Last Saturday(10/3/2012), me and 4 other members of Mahallah As-Siddiq took place in an Inter-Mahallah Cultural Week for Unplugged competition. *Mahallah = college = dorm*
There were other competitions too such as nasyeed, traditional dance & drama competition. For Unplugged Competition, a total of 7 teams participated.

Our team had decided to perform a medley of Sampai Syurga & Ikhlas Tapi Jauh as both of these songs are quiet easy to memorize. In addition, we didn't have enough time to practice though. Alhamdulillah, we managed to emerged as the 1st runner up.

So here is the video from our performance on that night. ENJOY!


Feel free to 'Like', 'Share' or 'Tweet'

Harmless Blogger signing out!

09 March 2012

The Big Bang Theory S05E19 FREE DOWNLOAD


Sheldon opts to spend a weekend playing video games with the guys instead of attending a birthday party for Amy’s aunt.

Click here to download